Catatan

K-Touch W700 Smartphone Android dari China dengan Dual Core NVIDIA Tegra 2

Imej
                                          Sejak akhir-akhir ini aku telah lari sikit pada nice blog yang aku bina lama dulu.Tapi disebabkan kekeringan idea untuk nice komputer semata-mata aku cuba luaskan skop blog aku ni.Bukan apa lebih banyak perkongsian mengenai komputer dan seangkatanya.Oleh sebab aku berminat sangat pasal gajet-gajet ini,aku nak cuba review pada produk telefon dari china ini.Jangan anggap produk dekat sana tak berkualiti ye. Produk handphone dari Cina K-Touch telah memperkenalkan K-Touch W700, sebuah smartphone Android yang menggunakan prosesor dual-core  Tegra NVIDIA 2. Handphone K-Touch W700 sudah menggunakan Android 2,2  dengan 512MB RAM dan memori internal 8GB.

Festo's SmartBird - Robot Burung terbang seperti burung camar sebenar

Imej
Mengujakan bila melihat inovasi teknologi yang ada pada SmartBird yang merupakan burung robot yang boleh terbang dengan gerakan hampir menyerupai burung sebenar dan model burung ini memiliki kualiti aerodinamik yang sangat baik dan kelincahan ekstrem seperti burung yang sebenar. Dengan SmartBird, Festo si pembuatnya telah berhasil dalam menguraikan kemampuan penerbangan burung ke dalam teknologi yang boleh kita manfaatkan. Burung robot ini membawa Teknologi bionik, yang diinspirasikan oleh burung camar Hering dengan dua sayap canggih 2 meter panjang, Lebih-lebih lagi, robot ini juga mampu take off dan landing sendiri, tetapi juga boleh dikawal dan dipantau dari jauh menggunakan radio ZigBee. Sayapnya tidak hanya bergerak ke atas dan ke bawah, tetapi juga berputar pada sudut tertentu. Hal ini dimungkinkan oleh unit drive aktif diartikulasikan torsional, yang dalam kombinasi dengan sistem kawalan yang kompleks mencapai tahap efisien yang belum pernah terjadi sebelumnya  dalam ...

101 Laman Web Paling Berguna

SETIAP kali menjelangnya tahun baru, ramai dalam kalangan blogger akan menyenaraikan laman web paling popular pada tahun ini di peringkat negara dan antarabangsa. Tapi kali ini aku tidak menyenaikan web-web tersebut sebab dah ramai blogger-blogger lain menyenaikannya. Aku ingin menyenaraikan web-web yang kurang kita kenali tetapi amat berguna sebenarnya..lebih baik rasanya penggunaan daripada laman facebook.. Kalau korang semua rasa web-web ini amat berguna bookmark la supaya boleh guna untuk tahun 2011..ui Di bawah ini aku senaraikan 101 web-web yang berguna dan best.

Membuat animasi GIF daripada Filem

Imej
Salam semua pada pembaca blog ni..Aku mohon maaf sebab dah lama aku tak mengupdate sebab ada tugasan kerja yang perlu aku buat.. Hari ni aku cuba buat satu tutorial untuk anda bagaimana membuat animasi GIF daripada adegan filem yang korang tengok..haha.. Animasi Gif yang anda akan buat seperti ini..mengikut kretiviti anda..sangat mudah dan simple. klik gmbar ye untuk tengok animasi GIF Cara-cara membuat animasi GIF ini.. Ada tools percuma yang terdapat yang membolehkan anda dengan mudah menukarkan klip video ke animasi  GIF  dan seterusnya anda boleh  hostkan di laman-laman seperti Flickr atau Tumblr - ini kerana tidak semua halaman hosting gambar menyokong animasi GIF. Ada beberapa langkah yang anda perlu buat iaitu  pertama convert video ke dalam susunan frame gambar dan  anda perlu sambungkan frame-frame gambar ini mengikut citarasa anda.

Perbaiki Masalah Komputer dari jarak jauh menggunakan ShowMeWhatsWrong

Imej
ShowMeWhatsWrong adalah laman yang sangat cool dan simple yang bertujuan untuk membantu orang membuat rakaman skrin masalah komputer dengan mudah. Untuk menggunakan Pergi ke laman web tersebut, klik nama dan email anda dan anda akan mendapatkan link yang anda hantar kepada seorang rakan atau ahli keluarga yang mengalami masalah. Mereka merakam skrin dekstop dan anda mendapatkan email untuk melihat rakaman tersebut. Sangat mudahkan.

Kongsi fail dengan mudah menggunakan WeTransfer

Imej
Asslamualaikum semua,kali ni aku nak kongsikan satu website perkongsian fail.Ia boleh berkongsi fail sebesar 2 giga,Besar tu.Perkhidmatan ini tidak memerlukan pendaftaran dan tidak ada kos juga. Antara muka pengguna rapi - hanya widget kecil di tengah skrin yang boleh digunakan untuk meng-upload file dan email kepada rakan anda. Tambahkan alamat email anda dan alamat email penerima dan tekan butang Transfer untuk meng-upload file ke server Wetransfer . Juga, ada pilihan untuk menghantar mesej ringkas bersama dengan fail. Anda boleh menghantar jenis fail seperti foto, video, audio, dokumen dan lebih, penggunaan perkhidmatan ini. Setelah menyelesaikan upload fail, ia akan menghantar kepada anda email pengesahan. Setiap kali penerima download fail, anda akan diberitahu melalui email.

Buat folder berkunci menggunakan Notepad.

Salam sejahtera semua pada semua pembaca pcformula.Sebelum ini aku ada menerangkan bagaimana kita menyembunyikan bahan dalam folder yang kita tukarkan ikonnya dan fungsinya menjadi recycle bin. Kali ini aku ingin menerangkan pula bagaimana untuk membuat Folder berkunci hanya menggunakan notepad.Kita tidak perlu memasang perisian yang canggih-canggih, cukup hanya perisian yang simple sahaja. Sebelum aku merapu dengan lebih lanjut...lebih baik Aku teruskan dengan tutorial

13 graduan UiTM hasil peta lokasi 3D

Imej
Orang ramai termasuk pelancong asing yang berkunjung ke negara ini tidak lagi sukar mencari atau mengunjungi lokasi pilihan apabila maklumat itu dibekalkan melalui laman Google Earth. Semua maklumat diperoleh melalui gambaran lokasi tempat atau bangunan dalam versi tiga dimensi (3D) yang diusahakan sekumpulan 13 graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kumpulan itu yang menamakan pasukan mereka, Folks Studio menggunakan teknik dimensi 3D untuk mencipta bangunan utama dan menamakannya bagi memudahkan orang ramai mencari lokasi di laman web Google Earth.

Menyamar diri sebagai Recycle Bin

Tentu ramai yang terkejut dengan tajuk post kali ni.Menyamar diri jadi Recycle Bin pula tu.Saya tidak maksudkan kita yang menyamar tetapi folder.Saya telah terjumpa satu trik di mana Cara ini hanya membuat folder anda tidak dapat dilihat seperti folder biasa, tetapi yang anda boleh nampak hanya Recycle Bin sahaja. Ini bermakna folder anda telah menyamar atau bertukar menjadi Recycle Bin dan fungsinya juga telah ditukar. Ingin tahu cara membuatnya, ikuti langkah demi langkah yang buat ni.

FixWin Utility - Menyelesaikan beberapa masalah Window 7

Imej
Bagi mereka yang telah memasang Window 7 di komputer mereka,kadang-kadang terdapat beberapa masalah seperti Aero peak di komputer meraka tidak berfungsi seperti yang sepatutunya jadi dengan penggunaan FixWin Utility ni akan dpt menyelasaikan masalah anda.Ia hanya 500kb, juga mudah alih dan boleh digunakan untuk kedua Windows 7 dan Windows Vista (keduanya 32 & 64-bit editions) Ia memberikan beberapa kategori seperti :-

Syarikat Malaysia – MOL – Membeli Friendster

Imej
Memang dah lama aku menyepi dalam mengupdate blog aku ni.Dah bersawang nampaknya.Tapi hari ini aku terpanggil untuk mengupdatekan satu post untuk pengetahuan anda semua.Baru-baru ini aku dapat tweetphoto dari beberapa kawan aku tentang Friendster. Untuk pengetahuan anda semua Friendster telah dibeli sepenuhnya oleh MOL Access Portal.Sebuah entiti baru yang dinamakan MO L Global Pte Ltd telah pun ditubuhkan untuk menguruskan kedua-dua syarikat ini. Aku berharap dengan pembelian Friendster oleh MOL ini dapat menyemarakkan lagi bisnes online di Malaysia ni.Kelab-kelab peminat artis Malaysia yang berada di Facebook harus bertukar ke Friendster bagi meyahut seruan kerajaan menyokong syarikat dari Malaysia.

Ubah file extension semasa muat turun di tempat kerja

Imej
Hari ini hari paling rajin aku untuk update.Dalam aku explore internet aku terjumpa satu website memang aku cari selama ini.Ia memang sesuai untuk mereka suka memuat turun software tetapi disekat dengan proxy.Sebenarnya aku dah simpan website ni dalam bookmark aku.Hari ni baru teringat nak kongsikan dengan korang.huhuhuhu.Website ini boleh memberikan akses untuk download bagi extension seperti .exe .avi .mp4 .mp3 dan sebagainya.

TV Alhijrah usaha terpuji kerajaan

Assalamualaikum pembaca Pc formula Awal tahun depan insyaAllah Malaysia akan mempunyai sebuah channel agama yang diberi nama TV Alhijrah. Mungkin bermotif yang sama dengan Astro Oasis. Satu usaha kerajaan Malaysia yang harus dipuji untuk membentuk satu channel keagamaan milik kerajaan sepenuhnya. KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dilantik Pengerusi Alhijrah Media Corporation, peneraju operasi TV Islam pertama negara, TV Alhijrah yang dijangka memulakan siarannya awal tahun depan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata Perdana Menteri bersetuju memilih Mohd Yusof kerana pengetahuan serta pengalaman luasnya dalam bidang agama. Beliau yang juga Penasihat AlHijrah Media Corporation berkata, saluran TV Alhijrah yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Disember nanti memberi perspektif baru dalam dunia penyiaran negara selain menunjukkan komitmen kerajaan mengangkat kedudukan program Islam. “Selain menyiarkan prog...

Selesaikan Masalah NTLDR is Missing

Pernahkan anda mengalami masalah ini?anda mengalami masalah ketika hendak hidupkan komputer anda...terdapat mesej keluar seperti :- NTLDR is Missing Press any key to restart Boot: Couldn't find NTLDR Please insert another disk NTLDR is missing Press Ctrl Alt Del to Restart Penyebab Masalah ini ialah ; NTLDR adalah fail sistem windows Xp.Fail ini sangat penting dan pertama sekali diperlukan supaya proses boot windows XP...Masalah berlaku apabila fail NTLDR ini tidak dapat diBoot...windows tidak dapat meneruskan proses boot jika fail ini hilang.Selain itu masalah ini juga disebabkan :- * Virus menggangu fail penting ini. * masalah Bad Sector pada Hard disk anda. * Fail NTLDR atau NTDETECT.COM sengaja di delete. Apa yang anda harus lakukan untuk menyelesaikan masalah ini? 1. Sediakan Cd Installer windows XP. Langkah-langkah :- * Masuk ke setup bios anda untuk menukarkan boot pertama anda ialah CD Rom.Caranya ialah dengan menekan butang F2,del atau F1 dan sebagainya terpulang kepada je...

Jom Pergi GoMobile

Imej
Hari ni aku nak ajak korang semua jom kita pakat pergi Gomobile 2009 di mana ia adalah karnival telefon bimbit terbesar di Malaysia.Jadi pada mereka yang nak beli telefon baru jangan lepaskan peluang anda di sini.Ia ada promosi dan terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan di sana.Bila....? klik baca lagi tau... * 23-25 Oktober 2009 * Kuala Lumpur Convention Centre * 23-24 Oktober (Rabu & Sabtu): 11-9 Oktober 25 (Selasa): 11-8 Aktiviti-Aktiviti yang akan berlangsung di sana seperti :_ * Mobile Booth Hunt * GoMobile Moments Photo Competition * Cyberjaya GoMobile Photo Competition * Truly Asia Reality Mobile Video Contest * Raffles-Truly Asia Reality Mobile Video Contest * QR Code Contest * GoMobile Fashion Show * GoMobile Clique * Fancy a free LG phone? Jadi jangan pula anda terlepas peluang melihat telefon canggih-canggih kat sana.

Convert klip video Youtube ke Mp3

Imej
Hari ini saya nak kongsikan pada anda semua satu laman web di mana anda boleh tukarkan video klip ke mp3. Laman web ini juga bukan sahaja boleh tukarkan video klip Youtube ke mp3,tetapi boleh tukar ke ke format yang lain malah ia juga boleh digunakan metacafe, google video, msn video dan lain-lain ke format mp3. Oleh disebabkan ramai di antara kita menggunakan Mozila Firefox sebagai pelayar web utama meraka.Ia juga menyediakan add on untuk Firefox untuk anda yang boleh di download di SINI , tetapi sebellum tu pastikan anda klik Let me install this experimental add-on . kerana ia masih dalam peringkat experiment. Cara menggunakan hanya tekan NEXT...NEXT dan seterusnya.Terlalu mudah sehingga anak saudara aku 5 tahun pun kita buat...:-)

Download Percuma Thema Window 7

Imej
Hari ini baru aku teringin nak update dan ingin aku kongsikan pada permbaca blog ini berkenaan Thema-thema Window 7.Saya rasa ramai di antara kita sudah tahu mengenai kewujudan Window 7 ini.Ia adalah antara window tercantik yang window buat.Ia lebih cantik daripada Vista.Saya sarankan pada pengguna Window Vista,lebih baik anda tukarkan Window anda ke Window 7. Thema-thema yang aku jumpa di Laman DeviantArt.Terima kasih pada pengguna DeviantArt yang kongsikan thema-thema meraka pada kita.Bagi yang ingin Window 7 ini di install dalam komputer meraka,anda boleh cari di laman torent......

Sumber Tutorial Photoshop

Salam pada pembaca sekalian, Sebenarnya dah lama saya ingin buat posting tentang photoshop.Permualaan post saya kali ini mengenai pelbagai sumber di internet untuk kita mempelajari selok belok berkenaan photoshop.Walaupun saya lebih menyukai GIMP tapi atas pemintaan beberapa kawan saya dalam mencari sumber-sumber tutorial photoshop.Dalam saya mencari tutorial photoshop ini ada beberapa laman web yang saya berkenan dan sesuai untuk dikongsikan bersama.Mungkin anda boleh mempelajarinya serba sedikit di sini. Di sini saya saya senaraikan 5 sumber tutorial photoshop yang semapat saya cari dengan kesibukan kerja saya. Photoshoptutorials.ws - Tutorial langkah demi langkah untuk Photoshop ini menerangkan secara terperinci daripada asas sehinggalah bagaimana membuat sesuatu efek atau animasi. Terdapat banyak tip dan trik yang boleh dipelajari dari laman web ini. photoshopstar.com - Laman web ini juga tidak kurang hebatnya. Terdapat banyak tutorial langkah demi langkah yang dikemaskinikan dari...

Amaran - BARHATI-BERHATI DENGAN SOFTWARE ANTI SPYWARE PENIPU DI BAWAH

ANDA DI NASIHATKAN JANGAN DOWNLOAD PROGRAM TERSEBUT KERANA SEMUNYA PENIPU DAN MENGANDUNGI SPYWARE DAN MALWARE * Home Antivirus 2010 * Security Mechanic * VirusBye * AntiVirusPro * Windows Malicious Software Removal Tool * MalwareBot * PC Security 2009 * Spyware XP Guard * Windows Antispyware 2009 * Media System Codec * WiniFighter * MProtect 2009 * Smart Defender Pro * Security Central * Malware Cleaner 2009

Tip - Tambahkan PPA public key pada Ubuntu

Bagi pengguna ubuntu tentu akan paham apa itu PPA Public key.Key ini perlu di tambahkan pada aplikasi software source atau pun menggunakan terminal.Kegunaan key ini sebenarnya bagi menunjukkan perisian yang dipercayai untuk kita install pada linux ubuntu kita.Bagi otai-otai ubuntu dekat luar sana bolehlah terangkan apa kegunaan PPA Public key yang sebenarnya.Di sini saya sertakan video tutorial untuk anda ikuti cara-cara penambahan key tersebut pada ubuntu anda.