13 graduan UiTM hasil peta lokasi 3D
Orang ramai termasuk pelancong asing yang berkunjung ke negara ini tidak lagi sukar mencari atau mengunjungi lokasi pilihan apabila maklumat itu dibekalkan melalui laman Google Earth. Semua maklumat diperoleh melalui gambaran lokasi tempat atau bangunan dalam versi tiga dimensi (3D) yang diusahakan sekumpulan 13 graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kumpulan itu yang menamakan pasukan mereka, Folks Studio menggunakan teknik dimensi 3D untuk mencipta bangunan utama dan menamakannya bagi memudahkan orang ramai mencari lokasi di laman web Google Earth.