Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 9, 2008

OSS jimat RM32 juta kewangan negara

PUTRAJAYA 5 Nov. - Pelaksanaan inisiatif Perisian Sumber Terbuka (OSS) oleh agensi dan jabatan kerajaan berjaya membantu menjimatkan kewangan negara sebanyak RM32 juta, termasuk penjimatan RM10 juta bagi projek perintis dan pelaksanaan OSS di 15 buah agensi sejak empat tahun lalu. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, ia merangkumi RM22 juta yang meliputi penggunaan perisian OPenOffice ke atas 10,682 komputer dan pengunaan 174 produk Pusat Kompetensi Sumber Terbuka (OSCC). Selain itu, katanya, peningkatan penggunaan OSS mampu meningkatkan perkhidmatan teknologi komunikasi maklumat (ICT), sekali gus membangunkan industri ICT tempatan secara keseluruhan. ''Peningkatan ini mampu menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta membantu melonjakkan negara ke status negara maju dengan lebih cepat. ''Penggunaan OSS juga merupakan penyelesaian alternatif yang lebih kompetitif, saling beroperasi dan menjimatkan perbelanjaan pelaksana