Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 9, 2008

Memasang 2 Antivirus Pada 1 Komputer(MEMUDARATKAN?)

Adakah anda menggunakan 2 antivirus yang berbeza pada satu komputer? Mungkin anda menyangka bahawa memasang 2 antivirus yang berbeza mampu meningkatkan lagi tahap keselamatan sesebuah komputer. Ramai yang berpendapat seperti anda. Namun, memasang 2 antivirus pada satu komputer boleh mendatangkan implikasinya yang tersendiri. Antivirus tidak dapat berfungsi dengan efisyen sekiranya terdapat antivirus yang berbeza. Setiap antivirus memiliki ciri-ciri dan tahap keselamatan yang berbeza. Anda sendiri yang menilai antivirus manakah yang terbaik buat anda. Antara antivirus yang boleh anda gunakan ialah Kaspersky , AVG , Sophos , Avast dan sebagainya.