Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 20, 2008

Kerajaan Pahang Menyokong OpenOffice

Imej
artikel dari blog jomlinux Nampaknya perisian sumber terbuka makin mendapat tempat. Tak kurang juga di Malaysia, di mana kita sendiri tercari-cari arah dan alasan untuk menempatkan perisian sumber terbuka. Tapi, itu mungkin dahulu. Sekarang ini, dari berita yang penulis dapat kerajaan Pahang telah pun secara rasmi menyarankan penggunaan OpenOffice berbanding Microsoft Office dengan rasminya. Dari pihak penulis, syabas diucapkan kepada kerajaan Pahang. Ini secara tidak langsung menaikkan lagi sumber terbuka di Malaysia dan metampakkan arah yang jelas tentang peluang sumber terbuka di Malaysia. Bagi penulis harap kerajaan akan cuba pula sistem operasi sumber terbuka seperti Ubuntu digunakan pada desktop di sektor kerajaan. Penulis meletakkan sekali imbasan surat tentang penggunaan OpenOffice pada komputer pejabat.