Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 16, 2009

Tonton Muktamar Pas Ke-55 secara 'LIVE' dI Web

Imej
Mungkin saya telah terlambat beberapa hari untuk memberitahu anda tentang muktamar PAS ke-55 secara langsung di internet.Ini mungkin kerana meraka tidak mendapat liputan yang sama adil di stesen televisyen tempatan yang sedia ada,Kalau ada pun untuk memecahbelahkan ahli dalam parti tersebut. Pada 14hb PAS telah melancarkan satu web portal sempena muktamar PAS KE-55 bagi membolehkan orang ramai mengikuti pelbagai ucapan dan perbahasan dengan lebih telus lagi, dan menariknya secara langsung melalui web. Antaramuka website muktamar pas ke-55 Melalui laman khas yang diperkenalkan, iaitu Muktamar 55, ianya bakal memuatkan beberapa bahan berita dan video, selain membolehkan orang ramai mengikuti persidangan empat hari PAS secara langsung dengan lebih mudah lagi. Ke semua ucapan dasar, perbahasan dan sebagainya bakal di sajikan kepada orang ramai secara telus dan terbuka melalui laman tersebut. Ruangan yang terbatas dalam beberapa media utama tanah air menjadikan beberapa parti pembangkang t