Syarikat Malaysia – MOL – Membeli Friendster
Memang dah lama aku menyepi dalam mengupdate blog aku ni.Dah bersawang nampaknya.Tapi hari ini aku terpanggil untuk mengupdatekan satu post untuk pengetahuan anda semua.Baru-baru ini aku dapat tweetphoto dari beberapa kawan aku tentang Friendster. Untuk pengetahuan anda semua Friendster telah dibeli sepenuhnya oleh MOL Access Portal.Sebuah entiti baru yang dinamakan MO L Global Pte Ltd telah pun ditubuhkan untuk menguruskan kedua-dua syarikat ini. Aku berharap dengan pembelian Friendster oleh MOL ini dapat menyemarakkan lagi bisnes online di Malaysia ni.Kelab-kelab peminat artis Malaysia yang berada di Facebook harus bertukar ke Friendster bagi meyahut seruan kerajaan menyokong syarikat dari Malaysia.