Catatan

Tunjukkan catatan dari November 12, 2008

AVG Membuang Fail Kritikal Windows

Imej
Satu kemaskini yang disediakan oleh pihak AVG untuk perisian antivirus milkinya semalam mengandungi kandungan salah yang mana boleh mengakibatkan antivirus AVG yang dipasang pada komputer anda membuang sebuah fail penting untuk sistem Windows. Antivirus AVG mengenal pasti fail user32.dll sebagai mengandungi Trojan Horses PSW.Banker4.APSA atau pun Generic9TBN. Kedua-dua antivirus keluaran AVG, AVG 7.5 dan AVG 8.0 melalui masalah yang sama. Untuk mengatasi masalah ini, para pengguna terpaksa melakukan kemaskini sekali lagi yang mana akan menyelesaikan masalah ini. Tetapi sekiranya anda telah secara tidak sengaja membuang fail User32.dll yang dikatakan mengandungi antivirus itu, anda perlu boot komputer anda melalui CD Windows, dan seterusnya memilih pilihan baiki (repair). AVG dikatakan mempunyai lebih daripada 80 juta pengguna di seluruh dunia, dan merupakan antara antivirus percuma yang digunakan oleh ramai pengguna diseluruh dunia.