Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 14, 2009

Buat folder berkunci menggunakan Notepad.

Salam sejahtera semua pada semua pembaca pcformula.Sebelum ini aku ada menerangkan bagaimana kita menyembunyikan bahan dalam folder yang kita tukarkan ikonnya dan fungsinya menjadi recycle bin. Kali ini aku ingin menerangkan pula bagaimana untuk membuat Folder berkunci hanya menggunakan notepad.Kita tidak perlu memasang perisian yang canggih-canggih, cukup hanya perisian yang simple sahaja. Sebelum aku merapu dengan lebih lanjut...lebih baik Aku teruskan dengan tutorial

13 graduan UiTM hasil peta lokasi 3D

Imej
Orang ramai termasuk pelancong asing yang berkunjung ke negara ini tidak lagi sukar mencari atau mengunjungi lokasi pilihan apabila maklumat itu dibekalkan melalui laman Google Earth. Semua maklumat diperoleh melalui gambaran lokasi tempat atau bangunan dalam versi tiga dimensi (3D) yang diusahakan sekumpulan 13 graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kumpulan itu yang menamakan pasukan mereka, Folks Studio menggunakan teknik dimensi 3D untuk mencipta bangunan utama dan menamakannya bagi memudahkan orang ramai mencari lokasi di laman web Google Earth.