Kerajaan Pahang Menyokong OpenOffice

artikel dari blog jomlinux

Nampaknya perisian sumber terbuka makin mendapat tempat. Tak kurang juga di Malaysia, di mana kita sendiri tercari-cari arah dan alasan untuk menempatkan perisian sumber terbuka. Tapi, itu mungkin dahulu. Sekarang ini, dari berita yang penulis dapat kerajaan Pahang telah pun secara rasmi menyarankan penggunaan OpenOffice berbanding Microsoft Office dengan rasminya.

Dari pihak penulis, syabas diucapkan kepada kerajaan Pahang. Ini secara tidak langsung menaikkan lagi sumber terbuka di Malaysia dan metampakkan arah yang jelas tentang peluang sumber terbuka di Malaysia. Bagi penulis harap kerajaan akan cuba pula sistem operasi sumber terbuka seperti Ubuntu digunakan pada desktop di sektor kerajaan.

Penulis meletakkan sekali imbasan surat tentang penggunaan OpenOffice pada komputer pejabat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

XiMAX HandPhone Jenama buatan Malaysia

FREE Sound Effects

Kongsi fail dengan mudah menggunakan WeTransfer