TV Alhijrah usaha terpuji kerajaan

Assalamualaikum pembaca Pc formula

Awal tahun depan insyaAllah Malaysia akan mempunyai sebuah channel agama yang diberi nama TV Alhijrah. Mungkin bermotif yang sama dengan Astro Oasis. Satu usaha kerajaan Malaysia yang harus dipuji untuk membentuk satu channel keagamaan milik kerajaan sepenuhnya.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dilantik Pengerusi Alhijrah Media Corporation, peneraju operasi TV Islam pertama negara, TV Alhijrah yang dijangka memulakan siarannya awal tahun depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata Perdana Menteri bersetuju memilih Mohd Yusof kerana pengetahuan serta pengalaman luasnya dalam bidang agama.

Beliau yang juga Penasihat AlHijrah Media Corporation berkata, saluran TV Alhijrah yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Disember nanti memberi perspektif baru dalam dunia penyiaran negara selain menunjukkan komitmen kerajaan mengangkat kedudukan program Islam.

“Selain menyiarkan program yang memenuhi aspirasi rakyat, TV Alhijrah juga menjadi landasan untuk menyebarkan syiar Islam kepada penonton, termasuk melalui hiburan yang berlandaskan syariat agama,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Saluran televisyen baru yang dikhaskan untuk televisyen Islam diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, yang juga penaung Alhijrah Media Corp, 11 Jun lalu.

Ia idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu saluran televisyen Islam milik kerajaan diwujudkan sebagai wadah menjelaskan perkara berkaitan agama di negara ini dengan lebih berkesan.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata, pelantikannya sebagai Pengerusi Alhijrah Media Corporation adalah kewajipan yang perlu untuk memenuhi harapan masyarakat terhadap televisyen Islam pertama negara.

Sumber Berita Harian.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

XiMAX HandPhone Jenama buatan Malaysia

FREE Sound Effects

Kongsi fail dengan mudah menggunakan WeTransfer