K-Touch W700 Smartphone Android dari China dengan Dual Core NVIDIA Tegra 2


                                         

Sejak akhir-akhir ini aku telah lari sikit pada nice blog yang aku bina lama dulu.Tapi disebabkan kekeringan idea untuk nice komputer semata-mata aku cuba luaskan skop blog aku ni.Bukan apa lebih banyak perkongsian mengenai komputer dan seangkatanya.Oleh sebab aku berminat sangat pasal gajet-gajet ini,aku nak cuba review pada produk telefon dari china ini.Jangan anggap produk dekat sana tak berkualiti ye.
Produk handphone dari Cina K-Touch telah memperkenalkan K-Touch W700, sebuah smartphone Android yang menggunakan prosesor dual-core  Tegra NVIDIA 2. Handphone K-Touch W700 sudah menggunakan Android 2,2  dengan 512MB RAM dan memori internal 8GB.

Smartphone ini datang dengan skrin sesentuh beresolusi 480 × 800 dengan ukuran 3.8-inch ,tidak ketinggalan padanya sebuah kamera 5 Megapixel yang mampu merakam video 720p dan kamera depan dengan 3 Megapixel  untuk video chat.

K-Touch W700 memiliki casing logam serta mendukung GPS /  A-GPS, Bluetooth dan WiFi. Handphone ini dirancang untuk pasar China, Handphone dual-core datang dengan ciri pre-loaded dengan aplikasi untuk Sina Weibo, QQ, Kaixin, Youku. Anda juga dapat menemukan tuner FM, slot microSD, kompas digital, accelerometer dan sensor cahaya ambient.

Dengar khabarnya K-Touch W700  akan dilepaskan di China pada pertengahan bulan April melalui China Unicom untuk sekitar 3500 Yuan Cina atau RM1618.88.Diharapkan tel ini ada di pasaran Malaysia juga.

Ulasan

Catat Ulasan

SILA KOMEN YE LEPAS BACA

Catatan popular daripada blog ini

XiMAX HandPhone Jenama buatan Malaysia

FREE Sound Effects

Kongsi fail dengan mudah menggunakan WeTransfer