Sumber Tutorial Photoshop

Salam pada pembaca sekalian,

Sebenarnya dah lama saya ingin buat posting tentang photoshop.Permualaan post saya kali ini mengenai pelbagai sumber di internet untuk kita mempelajari selok belok berkenaan photoshop.Walaupun saya lebih menyukai GIMP tapi atas pemintaan beberapa kawan saya dalam mencari sumber-sumber tutorial photoshop.Dalam saya mencari tutorial photoshop ini ada beberapa laman web yang saya berkenan dan sesuai untuk dikongsikan bersama.Mungkin anda boleh mempelajarinya serba sedikit di sini.

Di sini saya saya senaraikan 5 sumber tutorial photoshop yang semapat saya cari dengan kesibukan kerja saya.

Photoshoptutorials.ws
- Tutorial langkah demi langkah untuk Photoshop ini menerangkan secara terperinci daripada asas sehinggalah bagaimana membuat sesuatu efek atau animasi. Terdapat banyak tip dan trik yang boleh dipelajari dari laman web ini.

photoshopstar.com
- Laman web ini juga tidak kurang hebatnya. Terdapat banyak tutorial langkah demi langkah yang dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

entheosweb.com - Jika anda ingin belajar photoshop untuk membina laman web, mungkin anda boleh melihat tutorial di sini. Terdapat hampir 50 tutorial untuk Photoshop disediakan sebagai asas untuk kegunaan di laman web.

fstutorials.com - Laman web ini menyediakan langkah demi langkah untuk design sesuatu. Amat menarik untuk anda lawati.

photoshoproadmap.com - Laman web ini adalah tempat mengumpul teknik-teknik photoshop yang dihantar dari berlainan penulis. Ada banyak juga trik yang menarik yang mesti anda lihat.

Selain daripada 5 di atas, terdapat banyak lagi laman web yang menyediakan tutorial untuk photoshop yang menarik-menarik untuk anda cuba.




Ulasan

  1. Thanks for the source neh. Memang minat gile nak belajar photoshop ni. Huhu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

SILA KOMEN YE LEPAS BACA

Catatan popular daripada blog ini

XiMAX HandPhone Jenama buatan Malaysia

FREE Sound Effects

Kongsi fail dengan mudah menggunakan WeTransfer