CD Ubuntu 8.10 Boleh Di Pohon Sekarang

Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex bakal dikeluarkan secara rasminya pada 30 Oktober ini, tetapi anda sudah boleh memohon penghantaran CD Ubuntu 8.10 mulai hari ini. Shipit sudah mula mengambil pre-order untuk Ubuntu 8.10 dan akan dihantar kepada para pengguna secara percuma sebaik sahaja ianya dilancarkan kelak.



Wallpaper Ubuntu Baru

Antara fungsi baru yang bakal diperkenalkan melalui Ubuntu 8.10 adalah:

  • Penggunaan Linux Kernel 2.6.27 dan GNOME 2.24
  • Mozilla Firefox 3.03
  • Network Manager 0.7
  • GIMP 2.6.1
  • Ubuntu 8.10 akan dilancarkan pada 30 Oktober 2008, dan sekiranya anda mempunyai blog, dan ingin menyokong usaha Ubuntu ini, anda boleh menyertakan skrip countdown di dalam blog anda.

    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    XiMAX HandPhone Jenama buatan Malaysia

    FREE Sound Effects

    Kongsi fail dengan mudah menggunakan WeTransfer