GParted: Buat Partition Pada Hard Disk

Artikel dari sembang komputer

Ok, untuk hal-hal berkaitan dengan partition ni, kita akan gunakan GParted LiveCD. Download GParted dalam bentuk ISO dan burn ke dalam CD. Masukkan CD GParted kedalam CD-ROM dan restart komputer anda (pastikan boot sequence telah ditetapkan kepada CD). Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Skrin GRUB akan dipaparkan. Tekan Enter untuk memulakan GParted.
    gparted-01
  2. Tekan sahaja Enter apabila anda diminta untuk memilih keymap.
    gparted-02
  3. GParted akan dipaparkan. Anda akan dapat melihat partition yang terdapat dalam hard disk anda. Pastikan anda telah memilih hard disk yang betul.
    gparted-03
  4. Untuk membuang partition D, right-click pada /dev/hda2 dan pilih Delete. Ruang pada partition itu kini akan ditandakan sebagai Unallocated.
    gparted-04
  5. Untuk membesarkan saiz partition C, right-click pada /dev/hda1 dan pilih Resize/Move. Ubah saiz partition C mengikut kemahuan anda.
    gparted-05
  6. Kini partition C anda telah mengambil semua ruang dari partition D tadi. Klik Apply untuk memulakan operasi. Klik Apply sekali lagi untuk mengesahkan pilihan anda.
    gparted-06
  7. Tunggu sehingga proses selesai, kemudian restart semula komputer.

Dapatkan GParted LiveCD di sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Periksa Kesesuaian Rangkaian Bagi Sebarang Telefon, Di Mana-mana Negara.

Perbaiki Masalah Komputer dari jarak jauh menggunakan ShowMeWhatsWrong

FREE Sound Effects