Catatan

Periksa Kesesuaian Rangkaian Bagi Sebarang Telefon, Di Mana-mana Negara.

Imej
Periksa Kesesuaian Rangkaian Bagi Sebarang Telefon, Di Mana-mana Negara. Telefon, terutamanya telefon pintar yang dibeli dan dijual pada kontrak penyedia rangkaian. Mungkin ada yang menganggap kontrak ini terlalu menyekat dan dalam jangka masa panjang mereka juga dikenakan bayaran lebih daripada membeli telefon akan tetapi ada satu jaminan bahawa ianya bersesuaian dengan rangkaian yang dibeli. Untuk telefon yang anda membeli dari kontrak, anda tahu bahawa ia menyokong 2G, 3G, atau rangkaian 4G tetapi pemasar telefon akan mengabaikan kesesuaian rangkaian telekomunikasi di negara-negara yang berbeza, walaupun model tersebut dijual disana. Justeru itu, pengguna perlu mencari sendiri adakah ianya berfungsi atau tidak.

6 Cara mudah cantikkan profile Facebook anda.

Imej
                                                Tentu anda inginkan laman profile Facebook yang cantik,cool dan menakjubkan.Sebelum ini laman profile Facebook ada menaik taraf atau menukar profile lama kepada yang baru.Laman profile itu memaparkan gambar berturutan,apabila gambar itu di tag.Ia akan memapakan di laman profile anda. Aku ingin konsikan pada anda semua 8 laman web yang memudahkan anda mencantikkan profile anda itu..Anda tidak perlu tahu pasal photoshop atau pun Gimp...Laman web ini membantu anda..

K-Touch W700 Smartphone Android dari China dengan Dual Core NVIDIA Tegra 2

Imej
                                          Sejak akhir-akhir ini aku telah lari sikit pada nice blog yang aku bina lama dulu.Tapi disebabkan kekeringan idea untuk nice komputer semata-mata aku cuba luaskan skop blog aku ni.Bukan apa lebih banyak perkongsian mengenai komputer dan seangkatanya.Oleh sebab aku berminat sangat pasal gajet-gajet ini,aku nak cuba review pada produk telefon dari china ini.Jangan anggap produk dekat sana tak berkualiti ye. Produk handphone dari Cina K-Touch telah memperkenalkan K-Touch W700, sebuah smartphone Android yang menggunakan prosesor dual-core  Tegra NVIDIA 2. Handphone K-Touch W700 sudah menggunakan Android 2,2  dengan 512MB RAM dan memori internal 8GB.

Festo's SmartBird - Robot Burung terbang seperti burung camar sebenar

Imej
Mengujakan bila melihat inovasi teknologi yang ada pada SmartBird yang merupakan burung robot yang boleh terbang dengan gerakan hampir menyerupai burung sebenar dan model burung ini memiliki kualiti aerodinamik yang sangat baik dan kelincahan ekstrem seperti burung yang sebenar. Dengan SmartBird, Festo si pembuatnya telah berhasil dalam menguraikan kemampuan penerbangan burung ke dalam teknologi yang boleh kita manfaatkan. Burung robot ini membawa Teknologi bionik, yang diinspirasikan oleh burung camar Hering dengan dua sayap canggih 2 meter panjang, Lebih-lebih lagi, robot ini juga mampu take off dan landing sendiri, tetapi juga boleh dikawal dan dipantau dari jauh menggunakan radio ZigBee. Sayapnya tidak hanya bergerak ke atas dan ke bawah, tetapi juga berputar pada sudut tertentu. Hal ini dimungkinkan oleh unit drive aktif diartikulasikan torsional, yang dalam kombinasi dengan sistem kawalan yang kompleks mencapai tahap efisien yang belum pernah terjadi sebelumnya  dalam oper

101 Laman Web Paling Berguna

SETIAP kali menjelangnya tahun baru, ramai dalam kalangan blogger akan menyenaraikan laman web paling popular pada tahun ini di peringkat negara dan antarabangsa. Tapi kali ini aku tidak menyenaikan web-web tersebut sebab dah ramai blogger-blogger lain menyenaikannya. Aku ingin menyenaraikan web-web yang kurang kita kenali tetapi amat berguna sebenarnya..lebih baik rasanya penggunaan daripada laman facebook.. Kalau korang semua rasa web-web ini amat berguna bookmark la supaya boleh guna untuk tahun 2011..ui Di bawah ini aku senaraikan 101 web-web yang berguna dan best.

Membuat animasi GIF daripada Filem

Imej
Salam semua pada pembaca blog ni..Aku mohon maaf sebab dah lama aku tak mengupdate sebab ada tugasan kerja yang perlu aku buat.. Hari ni aku cuba buat satu tutorial untuk anda bagaimana membuat animasi GIF daripada adegan filem yang korang tengok..haha.. Animasi Gif yang anda akan buat seperti ini..mengikut kretiviti anda..sangat mudah dan simple. klik gmbar ye untuk tengok animasi GIF Cara-cara membuat animasi GIF ini.. Ada tools percuma yang terdapat yang membolehkan anda dengan mudah menukarkan klip video ke animasi  GIF  dan seterusnya anda boleh  hostkan di laman-laman seperti Flickr atau Tumblr - ini kerana tidak semua halaman hosting gambar menyokong animasi GIF. Ada beberapa langkah yang anda perlu buat iaitu  pertama convert video ke dalam susunan frame gambar dan  anda perlu sambungkan frame-frame gambar ini mengikut citarasa anda.

Perbaiki Masalah Komputer dari jarak jauh menggunakan ShowMeWhatsWrong

Imej
ShowMeWhatsWrong adalah laman yang sangat cool dan simple yang bertujuan untuk membantu orang membuat rakaman skrin masalah komputer dengan mudah. Untuk menggunakan Pergi ke laman web tersebut, klik nama dan email anda dan anda akan mendapatkan link yang anda hantar kepada seorang rakan atau ahli keluarga yang mengalami masalah. Mereka merakam skrin dekstop dan anda mendapatkan email untuk melihat rakaman tersebut. Sangat mudahkan.

Kongsi fail dengan mudah menggunakan WeTransfer

Imej
Asslamualaikum semua,kali ni aku nak kongsikan satu website perkongsian fail.Ia boleh berkongsi fail sebesar 2 giga,Besar tu.Perkhidmatan ini tidak memerlukan pendaftaran dan tidak ada kos juga. Antara muka pengguna rapi - hanya widget kecil di tengah skrin yang boleh digunakan untuk meng-upload file dan email kepada rakan anda. Tambahkan alamat email anda dan alamat email penerima dan tekan butang Transfer untuk meng-upload file ke server Wetransfer . Juga, ada pilihan untuk menghantar mesej ringkas bersama dengan fail. Anda boleh menghantar jenis fail seperti foto, video, audio, dokumen dan lebih, penggunaan perkhidmatan ini. Setelah menyelesaikan upload fail, ia akan menghantar kepada anda email pengesahan. Setiap kali penerima download fail, anda akan diberitahu melalui email.